SALAM
kepada pembaca putra....
ni putra nk share sikit kat korang tentang tazkirah rinkas...
sekadar nak mengingatkan untuk semua dan juga putra sendiri..
info ni putra dapat dari salah seorang iaitu Shahrir Rizal Kasjoo
harap-harap info yang putra share ni boleh memberi tauladan dan pendidikan kepada semua..
Sejak kita dilahirkan, kita telah dijaga, dibelai, dididik dan diasuh
dengan begitu perihatin oleh kedua ibu bapa kita. Sewaktu kecil,
apabila kita merengek di tengah malam buta, ibu kita dengan kerelaan
hatinya terpaksa bersengkang mata untuk memujuk dan memberikan susu.
Manakala ayah pula sibuk berusaha memastikan kehidupan keluarganya
dalam keadaan yang baik agar kita dapat hidup dengan selesa dan
sempurna.
Lihatlah betapa besarnya jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa kita.
Apakah tindakan kita yang sewajarnya untuk membalas jasa mereka ini?
Pernahkah selama ini kita membuatkan mereka kecil hati? Sesungguhnya
ingatlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Derhaka kita kepada
mereka bererti derhaka kita kepada Allah Taala. Taatilah mereka
selagi mana tidak bercanggah dengan hukum Islam. Berusahalah
membahagiakan mereka. Sentiasalah berdoa akan keselamatan dan
kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya doa
daripada anak-anak yang soleh inilah yang akan menerangi kehidupan
mereka di alam barkzah nanti. Ingatlah suatu hari nanti kita juga
bakal menjadi ibu dan ayah dan kita pasti akan mengharapkan agar
dikurniakan anak-anak yang soleh sepertimana harapan ibu dan bapa
kita juga.
terima kasih kerana sudi memberi masa untuk membaca..
jika suka dengan info ni korang boleh ambik dan share kepada rakan-rakan korang...
xsalah kan kita share benda yang baik....
dan satu lagi,ringan-ringan lah tangan 2 untuk follow blog putra..hahaha
kalau boleh komen-komen sekali...
0 comments:
Post a Comment